6 PASANGAN ARTIS MALAYSIA INI ISTERINYA LEBIH TUA DARI SUAMI..SIAPAKAH MEREKA?.. YANG NO 5 TUE GILER KETARA….

“Kita memang dijodohkan bersama..sehati dan sejiwa..”

Kalau dah jodoh, tiada apa yang menjadi penghalang biarpun harta atau jarak umur. Kita biasa dengar jika pasangan berkahwin pasti si suami lebih berumur berbanding si isteri. Orang kata biar cari lelaki yang dah berumur kerana dia akan lebih matang dan bertanggungjawab. Eh, betul ke?

Zaman dahulu boleh lah, zaman sekarang lelaki tak kira tua atau muda ada sahaja yang tidak bertanggungjawab. Agaknya itulah ramai wanita bujang (andartu) atau janda lebih selesa bersendiri. Datangnya bahagia sesebuah perkahwinan bukan datang dari umur sahaja..

Berbeza dengan selebriti-selebriti kita dibawah ini, mereka menolak prinsip ‘suami kena lebih tua’. Jom ketahui siapa mereka dan jarak umur mereka dengan pasangan!

1. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)
Auto Draft
Foto – Malay Mail Online

2. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)
Auto DraftFoto – Kosmo
3. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadli (27 tahun)
Auto DraftFoto – beautifulnara
4. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)
Auto DraftFoto – Sinar Harian
5. Ella (50 tahun) & Azhar Ghazali (36 tahun)
Auto DraftFoto – Bulletin Media – blogger
6. Sheila Majid (51 Tahun) & Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim (45 Tahun)
Auto DraftKredit Foto: aaronchinphoto.com
Walaupun berbeza umur, pasangan nampak serasi..sebab si isteri semuanya cantik-cantik belaka!

Sumber:hangat.com

“Saya bayi umur 10 hari yang ditinggalkan di perhentian bas 23 september 1996 lalu,” lelaki ini mahu cari ibu kandungnya

Seorang lelaki yang mencari ibu dan bapa kandungnya tular di laman sosial selepas dia memuat naik keratan akhbar mengenai dia yang pada masa itu berusia 10 hari ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.

“Menitis air mata saya apabila mendapat tahu saya dijumpai di perhentian bas. Bagaimanapun, pasti ada sebab mengapa ibu bapa kandung saya buat begitu,” kata Mohamad Putera Zainuddin, 21 yang sedang menuntut di Kolej Perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.
Auto Draft
Menurut Mohamad Putera, dia telah pergi ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan  yang menjadi tempat tinggalnya sebelum dijaga oleh keluarga angkatnya pada Jun lalu selepas tergerak hati untuk menjejaki semula ibu dan bapa kandungnya.

“Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Ibu bapa angkat saya memang berterus-terang memberitahu saya adalah anak angkat sejak di tadika lagi

“Saya boleh menerima kenyataan itu,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.
Auto Draft
Foto: Mohamad Putera bersama ibu angkatnya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati lelaki yang dibesarkan di Muar, Johor ini, dia ingin mengetahui keadaan kedua ibu bapanya sama ada masih hidup.

“Saya kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail saya bagi mendapatkan petunjuk lokasi tempat tinggal ibu bapa saya.

“Bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta saya baca sendiri,”katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelas Mohamad Putera, hatinya menjadi luluh selepas membaca keratan akhbar yang disimpan di dalam buku rekod berkenaan.
Auto Draft
“Saya ingat akan jumpa keluarga kandung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan, namun sangkaan saya meleset.

“Tak sangka, saya dijumpai di perhentian bas oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari,”ujarnya.

Tidak pernah menyalahkan tindakan ibu dan bapa kandungnya itu, Mohamed Putera akan terus berusaha mencari mereka.

“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.

“Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu,” katanya.

Mohamad Putera berkata, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung sekurang-kurangnya dia ingin bertemu dengan bidan kampung itu.

“Jika bukan kerana wanita itu jumpa saya, tidak tahu sama ada saya masih hidup atau tidak,” katanya.

Sumber- Harian MetroPutera Zainuddin via siakapkeli

“At Least Dia Tak Mengaku Perempuan” – Netizen Bergaduh Bandingkan Riz Ulala Dan Sajat

Putih gebu, badan cantik, muka pun macam model! Heboh satu Malaysia bila tengok Riz Ulala. Cair hati jejaka-jejaka di luar sana selepas gambar gambarnya tular di media sosial, siap ajak kahwin lagi!

Tapi maaflah, telan air liur sahaja sebab Riz dah terang-terangan mengaku yang dia sebenaranya seorang pondan.

Walaupun bentuk fizikal luarannya saling tak tumpah macam wanita tulen, namun tetap dia mempunyai halkum dan alat sulit lelaki.

“At Least Dia Tak Mengaku Perempuan” – Netizen Bergaduh Bandingkan Riz Ulala Dan Sajat

Suaranya juga kasar dan garau dan menerusi satu video secara live di ruangan Istagramnya, Riz mengakui yang rahsia kecantikannya bukan dengan mengambil sebarang ubat atau jamu tapi sebaliknya melalui pembedahan.

Wanita dari Sabah ini juga kata dia tak mahu membuang halkumnya. “Semua pemberian Tuhan sis, tak payah nak buang-buanglah,” katanya.

Pengakuannya itu sekaligus mewujudkan debat antara netizen yang mula membanding-bandingkan Riz Ulala dengan usahawan kosmetik terkenal Malaysia, Nur Sajat.

Ramai netizen lebih tertawan dengan kesopanan Riz yang lembut dalam mengeluarkan kata-kata.

“At Least Dia Tak Mengaku Perempuan” – Netizen Bergaduh Bandingkan Riz Ulala Dan Sajat

Ada juga yang mencadangkan supaya Riz Ulala buat bisnes produk kecantikan. Agak-agak boleh kalahkan Sajat tak? Yang mana satu pilihan anda, Kak Riz atau Kak Sajat?

– kakishare

Drama Titian Cinta Dihentam Netizen, Faezah Elai Bengang & Buka Cerita Sebenar

Panas sekejap di media sosial tentang Drama Titian Cinta disebabkan isu salah dialog yang diviralkan malah siap dihentam oleh netizen secara berjemaah. Drama ini adaptasi daripada sebuah novel tulisan Ridhya Iman dengan judul yang sama.

Sebenarnya dalam novel Titian Cinta, dialog yang ditulis oleh Ridhya Iman untuk babak ini, boleh dikatakan elok dan tiada masalah berkenaan fakta perubatan. Drama ini turut dibintangi Zul Ariffin dan Farah Nabilah.

Namun disebabkan tular video berkenaan, Faezah Elai terus membuka cerita sebenar berkenaan drama Titian Cinta…
Cerita Sebenar Di Sebalik Babak ‘Viral’ Titian Cinta
Selalunya aku tak penah nak amik port bila netizens ni suka hentam orang, nama pun netizens. Ni aku nk belanja sikit, a real scene yang sepatutnya keluar disebabkan kesilapan editing, scene yang silap ni yang dimasukkan.

Scene ini di shoot banyak take sebab yang perempuan bertudung tu adalah seorang DOCTOR i repeat DOCTOR bukan PELAKON EXTRA.

Disebabkan directornya nak dapatkan fakta betul, so dia mintak doctor utk berckp dialogue tu.. agak banyak kali shoot sebab dia tersilap dialogue walaupun dia doktor sebab berlakon and real life berbeza ye.

Berpuluh orang kat situ tengah tengok kau yang buat kau boleh lupa dialogue kalau kau seorang yang pemalu. I dont blame her sebab compom la gagap tetiba kena berlakon dengan jul arippin.

Tak kan ampa nak suruh team shooting pi belajaq medic 5 tahun pulak untuk scene yang tak sampai 5 minit.

Tapi apa yang aku cuba explain kat sini bukan lah nak menegak kan benang yang basah, tapi untuk bagitau pada netizens yang suka menghukum tapi apa pun tau.

Jangan pakai nak buh salahkan director or scriptwriter saja sebab shooting drama ni involve banyak department.. and scene ni di shoot di hospital so berlambak doktor yang ada.
Jangan lah nak compare konon drama Melayu ni tak buat research macam Korea la hongkong lah. Hang nak aku mention how ridiculous fakta drama diorang?

Cerita ni bukan pasai cerita medic. Pointnya nak gitau si pompuan tu tak leh preggy.. tu ja!

Takdak sapa aihh nak konon pecaya script drama bulat-bulat. Lain lah kalau fakta tentang agama yang tu memang isu sensetif.

Kalau Hollywood dok suap hampa ngan cerita tak masuk akai. Kena tembak kat dada boleh bangun lagi siap lari 5km.

Tak dak pulak mana-mana doktor cakap, kalau dah kena tembak part2 tertentu dah tak boleh gerak.. ni silap dialogue terus hentam.

Anyway like i said bukan nak cakap benda ni betul, but people make mistake.. rasa nya mistake ni pun tak lah memudaratkan sesiapa.

VIDEO SEBENAR:


NOTA:
I was not involved in this drama.. i said this because the director is someone i really know.
Ini Skrip Titian Cinta

Sumber: Mingguan Wanita Faezah Elai

 

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Rasanya kalau bercerita mengenai majlis perkahwinan pasti ramai yang teruja lebih-lebih lagi ianya seakan menjadi topik harian di kalangan rakyat Malaysia.
Tambah-tambah sekiranya perkahwinan itu melibatkan pasangan dari golongan ternama seperti artis, ahli sukan, tokoh politik dan kerabat diraja.

Di Malaysia, perkahwinan artis atau selebriti adalah sesuatu yang menjadi `cakap-cakap` umum seperti Apakah konsep perkahwinan tersebut?  Berapakah nilai hantarannya? Cantik atau tidak persalinan pasangan pengantin itu? Segalanya akan diperbincangkan.

Namun ianya bergantung kepada kemeriahan sesebuah majls perkahwinan sehingga ianya boleh dilabelkan sebagai ‘Wedding Of The Year’.

Di bawah ini, Astro Gempak telah menyenaraikan lima pilihan perkahwinan selebriti paling sensasi di Malaysia. Jom kita soroti sekarang:

Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Tinggi

Mauzin Hamzah Dan Pengiran Sufri (11 Disember 1987)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Jika anda masih ingat penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M iaitu Mauzin ( mazuin) Hamzah yang mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Brunei iaitu Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan wang hantaran bernilai satu juta ringgit. Apa yang menarik Mazuin juga menjadi artis wanita pertama yang mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja paling kaya di dunia. Walau bagaimanapun selepas 17 tahun berkahwin akhinrya mereka mengambil keputusan bercerai.

Perkahwinan Diserbu Ramai Tanpa Undangan

Ziana Zain dan Armin Zaharin (2 Mei 1998)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Artis bersuara lantang, Ziana Zain memang cukup popular pada tahun 90an dan tidak dinafikan sehingga kini kekal menjadi kesayangan ramai. Menarik mengenai perkahwinan kakak kepada Anuar Zain ini ialah apabila majlis perkahwinan dengan suaminya yang juga seorang kakitangan MAS telah diserbu hampir 15,000 peminat yang tidak diundang!

Dek kerana perkahwinan Ziana Zain,  Fauziah atau Ogy Dato Ahmad Daud yang ketika itu adalah pengacara Melodi telah disaman Azwan Ali kerana mendakwa Azwan  kononnya makan hati kerana penyanyi kegemarannya itu sudah berkahwin.

Perkahwinan Duda Paling Laku Di Malaysia

Datuk M. Nasir Dan Marlia Musa (31 Ogos 2000)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Siapa yang tidak terpesona dengan karisma yang dimiliki penyanyi dan komposer terkenal kelahiran Singapura, Datuk M. Nasir. Selepas pemergian isterinya, Allahyarhamah Junainah Johari, rasanya ramai wanita yang cuba mendampingi vokalis kumpulan Kembara ini.

Namun pada tahun 2000, dunia hiburan dikejutkan dengan berita M. Nasir bakal bernikah dengan pelakon Marlia Musa yang diakui merupakan cinta pertamanya. Perkahwinan mereka bagaimanapun turut mencetuskan kontroversi kerana ibu Marlia Musa dilaporkan tidak berkenan M Nasir menjadi menantunya. Bagaimanapun perkahwinan mereka tetap berlangsung dan diserikan dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai RM2,000.

Perkahwinan Wedding Of The Year Yang Ditaja Paling Singkat

Erra Fazira dan Yusry KRU (15 Mac 2003)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Ramai yang melabelkan meraka sebagai  pasangan yang ideal dek  kecantikan semulajadi yang Erra Fazira serta ketampanan yang dimiliki Yusry KRU. Sebaik saja  kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga, ramai pihak yang mahu menaja perkahwinan Erra dan Yusry.

Malah sewaktu di hari persandingan mereka yang berlangsung di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, ianya telah dihadiri hampir 10,000 peminat dan diumumkan sebagai ‘Wedding of the Year 2003’. Menarik mengenai  perkahwinan Erra dan Yusry adalah  mereka menggunakan tarikh unik seperti hari pernikahan 15-3-2003, wang hantaran bernilai RM33,333.33.

Malangnya perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Perkahwinan Yang Paling Dinanti-nantikan Ramai

Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21 Ogos 2006)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Siapa tidak suka dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Selepas berbulan-bulan wujudnya spekulasi mengenai hubungan Dato, Siti dengan Datuk K di media hiburan tempatan, akhirnya Siti  membuat sidang media mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan duda tersebut. Sidang media tersebut diadakan selepas sehari Dato’K menyelesaikan kes cerai dan pembahagian  harta di mahkamah dengan bekas isterinya.  Maka ramai kaum adam yang ‘makan hati’ dan kecewa dengan pilihan Siti Nurhaliza.

Pertunangan mereka berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan dan turut disiarkan menerusi televisyen manakala majlis perkahwinan mereka diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dan ditonton seramai 6.3 juta di Malaysia dan Indonesia.

Teks Oleh: Khalid Rahman

Sumber – www.gempak.com

Seorang Lelaki Bertemu Seekor Ular Bewarna Biru, Kerana Bimbangkan Keselamatan Diri, Lelaki Itu Bunuh Ular Tersebut.. Setelah Dapat Tahu Cerita Sebenar, Beliau Berasa Sangat Menyesal Kerana Membunuh Ular Tersebut..

Ada seorang lelaki yang ingin memancing, tiba-tiba ketika dalam perjalanan menuju kesana, dikejutkan dengan seekor ular yang berwarna biru terang. Karena aneh, lelaki itu sangkakan itu adalah ular plastik.

Ia masih sangka itu adalah ular mainan yang terbuat dari plastik, tidak disangka tiba-tiba ular itu bergerak! Ia pun terkejut sangat.

Ia mulai berfikir bahwa ular yang berwarna terang pasti beracun. Dan ia juga belum pernah bertemu ular sebelumnya, jika tidak berhati-hati, mungkin ia bisa mati.

lelaki itu kemudian mengambil sebongkah batu dan memukul ular itu, seketika itu ular menjadi tidak bergerak dan mati.

Setelah ia memposting pengalamannya ini, ternyata…

Ia baru tahu kalau ular biru itu adalah “Morelia viridis” atau sanca hijau (Sejenis ular sanca pohon), yang karena faktor genetik, menyebabkan warnanya berubah menjadi biru dan sangat langka. Perkiraan harga ular seperti ini adalah 1,5 miliar rupiah bersamaan lebih Kurang RM 5k duit Malaysia

Wah! Ternyata ular seperti ini sangat berharga. Kalau suatu hari jumpa ular mcm ni jangan dibunuh ya!

Sumber: pixpo

(VIDEO) – LELAKI 79 TAHUN INI DATANG KE TASIK UNTUK JUMPA KAWAN LAMA IAITU SEEKOR ULAR

 

Saat berjumpa kawan lama adalah saat paling dramatik kerana mungkin kawan lama itu tidak mengenali kita seperti dahulu.

Sama seperti lelaki berusia 79-tahun ini apabila beliau datang ke sebuah tasik bagi menjumpai kawan lama nya, iaitu seekor ular.

Menariknya, seolah-olah tahu akan kehadiran lelaki itu, ular sawa betina itu keluar daripada permukaan air, dan segera naik keatas kaki lelaki berkenaan untuk mendapatkan makanan.

Ok siapa yang rasa geli, kita geng!

Sumber: Era fm via pesanatuk.com

Dari 4 “Legendaris Kungfu”, Satu Sudah Meninggal, Satu Sakit Parah, Satu Ada di Kursi Roda, Hanya “Tinggal Dia” yang Masih Hidup dengan Penuh Aktif!

Siapa yang tidak kenal Bruce lee? Artis legendaris kungfu ini namanya memang dikenal di seluruh dunia. Walaupun Bruce Lee sudah meninggal dunia lebih dari 40 tahun, namun namanya masih dikenang sampai hari ini, menandakan kalau karya-karyanya itu benar-benar abadi.

Jet Li, sejak kita kecil, dia sudah menghasilkan banyak sekali film-film yang tentunya sangat dinikmati oleh kita. Namun sebagai seorang artis ternama, dia sempat meninggalkan instrinya di tengah ketenarannya, ia bahkan berimigrasi ke negara lain, sehingga akhirnya menimbulkan banyak kontroversi.

Tahun lalu, Jet Li mengungkapkan sendiri, kalau sejak muda, karena banyak syuting adegan kungfu ternyata melukai tubuhnya, kini dia sama sekali tidak bisa lagi melakukan olah raga yang terlalu ekstrim apalagi melakukan lagi gerakan kungfu.

Sammo Hung, kita pasti sering melihatnya dalam berbagai film sejak kecil, badannya yang gemuk membuat orang langsung mengingatnya, dia bahkan dijuluki sebagai orang gemuk yang paling terampil di dunia perfilman.

Namun baru-baru ini, Sammo Hung didapati menggunakan kursi roda saat sedang belanja di pasar, di sampingnya masih ada 2 suster yang merawatnya. Hal ini tentu membuat para penggemarnya sedih.

Sedangkan Jackie Chan yang tahun ini berusia 62 tahun, masih terus menghasilkan karya-karyanya setiap tahunnya. Dia sepertinya sama sekali tidak terpengaruh oleh usianya, dia masih bisa banyak beraktifitas dan masih sangat sehat.

Nah sobat cerpen, apa yah rahasia Jackie sampai dia bisa mempertahankan kebugaran tubuhnya sampai hari ini?

sumber : Happy

(VIDEO) Kerana Geram Digelar ‘Pondan’ Sajat Dilihat Mengamuk Memaki Netizen Secara Langsung

Betapa banyaknya kontroversi yang harus ditelan oleh jutawan kosmetik yang amat terkenal ini Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih mesra dipanggil Sajat ini sering menjadi perhatian ramai dan juga netizen di media sosial. Biarpun sering dicaci dengan berbagai tohmahan Sajat kelihatan biasa saja dan tenang menghadapinya.


Terkini, satu rakaman video yang disiarkan secara langsung di laman Instagram miliknya Nur Sajat, yang dikatakan mengamuk gara-gara netizen menggelarkan dirinya sebagai pondan.

Segelintir netizen dilihat turut kritik Sajat melalui Live Video tersebut dan rata-rata terus mengecam Sajat. Dek kerana kecaman dan komen sedemikianlah membuat Sajat seperti mengamuk dan memarahi netizen.

Ada beberapa pendapat netizen yang meminta semua agar berhenti dari terus mengecam Sajat dan turut meminta semua agar tidak terus mengecamnya serta mendoakan kebahagiaan Sajat.

   

Semoga Sajat terus tabah dan bersabar.

Artikel Berkaitan: TAK TAHAN DICEMUH, SAJAT MULA JUJUR ISU JANTINANYA KETIKA ‘DIHARAMKAN’ JEJAK BRUNEI !OK SAJAT DA MENGAKU !!!

TAK TAHAN DICEMUH, SAJAT MULA JUJUR ISU JANTINANYA KETIKA ‘DIHARAMKAN’ JEJAK BRUNEI !OK SAJAT DA MENGAKU !!!

DENGAN ini, kita boleh tutup tentang kisah panas rumah tangga selebriti tanah air yang menggelegak macam air panas aje. Kita buka pula cerita mengenai si cantik jelita, Nur Sajat.

Nur Sajat Fariz Kamaruzaman ataupun ada yang mengenali ‘wanita’ ini dengan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 32, bukanlah nama yang asing lagi sekarang ni.

Semua orang bahkan masih lagi tertanya-tanya tentang misteri jantina ‘wanita’ ini yang bergelar usahawan kosmetik tempatan berjaya.

 

Macam-macam story dah naik tentang Sajat … Antaranya, netizen cuba untuk siasat jantina Sajat, Sajat tak boleh masuk Brunei, Sajat mengaku khunsa, Sajat mengaku pondan dan macam-macam lagi lah!

Kesian Sajat, mesti penat nak explain dekat netizen semua yang dia ni sebenarnya ‘perempuan’! Baru-baru ni Sajat ada memuat naik sebuah video sebagai bukti dirinya seorang wanita.

Tapi sayangnya, video yang berdurasi 59 saat itu telah dibuang beberapa jam selepas itu. Jangan ingat lepas Sajat dah buang, tak ada orang yang sempat save video tu.

Dalam video tu, kita boleh nampak yang Sajat sangat bersungguh untuk meyakinkan netizen tentang kekeliruan jantinanya supaya orang ramai boleh tutup mulut.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah bila Sajat cakap “Sorry, (maaf) kita perempuan okay!”

Tapi kalau Sajat ni betul perempuan, kenapa dia masuk pertandingan Miss Queen International Malaysia 2013 dalam kategori pondan ???

Bukan tu je, banyak lagi lah pertandingan kategori pondan yang Sajat join. Kalau betul perempuan tulen, masuk lah pertandingan untuk perempuan tulen.

Aduhh pening lah pasal Sajat ni. Jangan lupa juga tunggu single pertama Sajat dan Dato ‘Aliff Syukri yang bakal menggegarkan anda semua.

Semoga DSV tak tercabar dengan single Sajat ni.

Sumber – gempak.org
Via : sembangmedia.com

BIAR apa jua gelaran diberi seperti pondan diva, Ratu Mak Nyah dan sebagainya; Nur Sajat tetap utuh berdiri melebarkan sayap perniagaannya. Tidak mudah melatah, dia optimis hanya berpegang kepada pendirian positif; ia bisa mengubah segalanya. Sering kali diasak mengenai status dirinya dahulu, kini pemikirannya jauh berbeza.

Perkenalkan diri Sajat kepada pembaca InTrend?

Saya berasal dari Sitiawan, Perak. Bapa saya dahulunya adalah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi sudah bersara awal. Emak saya pula pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah, juga kini telah bersara. Saya adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Keluarga saya biasa sahaja, sederhana semuanya. Bapa saya bersara awal dan kemudiannya berniaga kain di pasar malam sekitar Manjung, Lumut dan Sitiawan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Sejak bila dan bagaimana Sajat menyedari dilahirkan sebagai khunsa?

Tanggal 23 Februari 1985 di Hospital Lumut, tarikh keramat inilah yang telah membongkarkan segalanya. Pada peringkat awalnya, ia dianggap sebagai rahsia keluarga saya. Untungnya dahulu, pegawai tentera mempunyai kelebihan dalam mencuba kelengkapan atau peralatan perubatan yang dianggap canggih. Umpamanya mereka diberi peluang untuk mencuba terlebih dahulu berbanding orang awam.

Dan ketikaawal kehamilan emak saya, hasil ujian imbasan kandungan bayi mendapati jantina saya adalah perempuan. Malah nama asal saya adalah Nur Sajadiah binti Kamarulzaman. Selepas dilahirkan, Menurut emak dan ayah; baik mereka juga pihak hospital terkejut melihat saya kerana mempunyai dua alat sulit. Mungkin pandangan serta nalurinya berpendapat saya lebih cenderung ke arah lelaki, maka saya dibesarkan sebagai anak lelaki.

Nama saya juga ditukar kepada nama lelaki serta cara saya dibentuk juga berubah. Yalah, ayah seorang yang tegas. Maka segala keputusan terletak di tangannya. Namun demikian, emak dan ayah mula melihat perubahan pada diri saya ketika saya berumur dalam lingkungan enam tahun (tadika). Menurut emak, ketika kecil saya lebih menggemari permainan kanak-kanak perempuan seperti bermain anak patung dan bukannya bermain alat permainan yang sinonim dengan kanak-kanak lelaki.

Memandangkan saya masih kecil, maka saya tidak tahu- menahu jauh sekali memikirkan apa yang akan saya tempuhi dalam jangka masa panjang. Dalam sijil kelahiran juga tertera nama saya lelaki dan selepas apa yang berlaku, ayah mahu menukar semula nama saya kepada nama perempuan. Dan pihak berwajib memerlukan dokumen-dokumen lain sebagai sumber rujukan.

Namun malangnya, ditakdirkan rumah kami di Taman Sri Lekir terlibat dalam satu kebakaran yang mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta-benda termasuk dokumen-dokumen penting, segala butiran dan kerja ayah sebelum ini hangus dijilat api. Peristiwa itu berlaku sekitar 1989 atau awal 1990. Rentetan itu kami menghadapi pelbagai kesukaran untuk meneruskan hidup ketika itu.

Maklum sahajalah, ketika zaman itu kita tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan untuk melakukan back-up dalam urusan dokumentasi dan lain- lain. Malah ketika dahulu juga istilah perlindungan insurans masih tidak meluas seperti zaman sekarang. Justeru, segala kemusnahan dan kerosakan dokumen gagal diperoleh semula.

 

TAK TAHAN DICEMUH, SAJAT MULA JUJUR ISU JANTINANYA KETIKA ‘DIHARAMKAN’ JEJAK BRUNEI !OK SAJAT DA MENGAKU !!!

Bagaimana Sajat menyedari atau mula menyukai semua yang menjurus ke arah kewanitaan?

Pada saya ia berlaku secara semula jadi tanpa saya menyedarinya. Saya tidak ingat bagaimana atau apakah perkara yang mencetuskannya. Tetapi ketika berumur enam tahun, saya lebih suka bermain anak patung. Tiada langsung ciri-ciri ke arah lelaki. Malah adik- beradik saya (kakak sulung dan dua abang) maklum mengenai apa yang berlaku pada saya yakni mempunyai dua kemaluan. Mereka melihat sendiri perkara dan segala peristiwa yang berlaku.

Reaksi masyarakat terutamanya jiran sekeliling berhubung isu ini?

Emak dan ayah kadangkala cuba menyembunyikan soal ini daripada pengetahuan jiran sekeliling. Namun mulut orang, mana mungkin kita bisa mendiamkan mereka. Jika mulut tempayan masih boleh ditutup, tetapi mulut manusia? Malah emak dan ayah juga menanggung malu kerana minda masyarakat ketika itu tidak memahami isu ini. Jiran-jiran keliling juga tidak henti- henti mencemuh.

Selalu bertanyakan mengenai saya, “Eh… anak kamu itu macam mana?” Kata mereka, saya ini anak yang cacat. Maklum sajalah, isu ini tidak pernah timbul dalam kalangan masyarakat jauh sekali didedahkan oleh mana-mana media ketika zaman itu. Justeru, masyarakat tidak terbuka dalam soal ini. Selepas saya dilahirkan, kebetulan ayah menerima arahan untuk ditukarkan ke Sarawak.

Ayah membuat rayuan untuk menangguhkan pertukaran tetapi dek kerana memikirkan kecaman yang perlu dihadapi, bimbang mengenai keadaan emak saya yang perlu menjaga empat orang anak yang masih kecil; maka ayah memilih untuk bersara awal dan kami berpindah dari kawasan pangkalan tentera laut. Itulah pengorbanan besar ayah. Biarpun berpangkat tetapi soal maruah dan kepentingan keluarga mendahului segalanya.

Bagaimana penerimaan keluarga terhadap pendirian Sajat yang memilih untuk tampil dengan imej seperti kini?

Saya tidak mempunyai masalah daripada segi sokongan keluarga kerana mereka memahami keadaan dan tahu segala butir cerita mengenai kisah kelahiran saya. Cuma pada mulanya saya tidak menafikan ada masanya saya melalui tempoh sukar apabila berhadapan dengan ayah. Tetapi lama-kelamaan ayah boleh menerima semuanya.

Pada saya penerimaan kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga dan keluarga terdekat lebih penting. Kerana merekalah yang menjadi tulang belakang kepada apa yang saya lakukan hari ini. Apatah lagi apabila mendengarkan kata-kata emak, “Mak hari-hari doakan anak-anak Mak supaya Allah ampunkan dosa-dosa anak- anak Mak.”

Dan kepada saya itu sudah memadai untuk memberi kekuatan pada saya bagi mengharungi setiap apa yang menanti di hadapan saya kelak. Kalau orang lain tidak boleh menerima atau mengatakan saya cacat atau apa jua panggilan sekalipun saya tidak ambil pusing. Kerana pada hemat saya, jika ibu bapa boleh menerima diri kita seadanya, takkanlah pula diri sendiri tidak boleh menerima ketentuan takdir bukan?

Jiwa memberontak apabila disogok dengan kerja-kerja yang lebih kasar dan bersifat maskulin?

Tidak terlalu ketara kerana pada mulanya saya banyak bertanya dengan emak dan ayah mengapa saya dilahirkan seperti ini. Saya mempertikaikan mengapa tidak diletakkan sahaja nama saya sebagai kanak-kanak perempuan dan seumpama dengannya. Tetapi lama-kelamaan selepas diterangkan satu persatu, barulah saya faham.

Tiada gunanya menyalahkan kedua-dua ibu bapa kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana perlu menanganinya. Ia berlaku di luar kawalan mereka. Keluarga terdekat dan ahli keluarga saya semuanya maklum mengenai isu ini.

Malah kata ayah kepada adik-beradik saya yang lain, “Kalau apa- apa, tengokkan Sajat.” Mungkin kerana mereka maklum mengenai isu ini maka perhatian itu kadangkala lebih tertumpu kepada saya. Mereka tidak pernah berhenti menyokong dan memberi kata semangat untuk saya bertahan hingga kini.  

TAK TAHAN DICEMUH, SAJAT MULA JUJUR ISU JANTINANYA KETIKA ‘DIHARAMKAN’ JEJAK BRUNEI !OK SAJAT DA MENGAKU !!!

Sukar menerima hakikat ini?

Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa. Semuanya sudah tertulis dalam qada’ dan qadar saya. Semua orang berbeza perjalanan hidupnya. Saya suka melihat contoh dan menjadikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai sumber kekuatan dalam soal ujian hidup.

Lihat saja padanya, biarpun dia memiliki segalanya namun Allah masih menguji kekuatan dirinya dalam soal zuriat. Ini sudah cukup membuktikan, bahawa biarpun kita dilahirkan sempurna serba- serbi (tiada kecacatan anggota) namun masih belum lengkap dan jauh daripada kesempurnaan hidup kita.

Bagaimana menempuhi dugaan ini ketika zaman kecil, sekolah dan seterusnya apabila meningkat dewasa?

Ketika masih kecil, saya tidak tahu apa jua kesan dan permasalahan yang akan timbul. Sementelah masih kecil, maka hanya fikirkan keseronokan sahaja. Bermain dan bermain tanpa memikirkan masa depan atau apa yang akan terjadi. Tambahan pula saya tidak banyak bersosial atau bergaul dengan rakan- rakan seusia.

Memandangkan keluarga kami besar, tujuh orang kesemuanya maka pergaulan saya hanya dengan adik-beradik sahaja. Misalnya jika ada rakan sekolah yang mengejek, saya akan maklumkan kepada dua orang abang saya. Mereka yang selalu back up dari belakang. Ketika mahu melangkah ke sekolah menengah barulah saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Berkata pda diri, “Eh, macam pelik aje aku ni.” Emak dan ayah yang banyak memujuk dan menerangkan duduk sebenar perihal ini. Kata emak, sewaktu mengandungkan saya wajahnya jauh lebih berseri dan nampak lain berbanding ketika mengandungkan adik-beradik yang lain. Pada saya itulah kelebihan yang mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu. Apa sebab di sebaliknya, saya sendiri tidak pasti dan mempunyai jawapan kukuh mengenainya.

TAK TAHAN DICEMUH, SAJAT MULA JUJUR ISU JANTINANYA KETIKA ‘DIHARAMKAN’ JEJAK BRUNEI !OK SAJAT DA MENGAKU !!!

Sering menerima cemuhan, dijadikan bahan ejekan, dikutuk; apa yang Sajat boleh katakan?

Hanya sejak kebelakangan ini saya sering menjadi sasaran atau bahan ejekan, cemuhan dan kecaman. Pada saya, tiada gunanya jika mahu memikirkan soal ini dengan mendalam. Lihat saja selebriti, usahawan terkenal misalnya. Mereka juga tidak terlepas daripada menerima kritikan, orang mengata, mengutuk dan sebagainya.

Selain itu, pada hemat saya; biarpun kita tidak mempunyai niat untuk mengeji dan mengutuk orang tertentu, tetapi apabila ia telah diluahkan bimbang nanti ia tidak berlaku kepada si polan. Sebaliknya kelak akan berlaku kepada keturunan kita, anak cucu kita. Siapa tahu bukan? Justeru berwaspadalah jika anda mahu mengumpat atau mengata.

Jika tidak kena pada orang yang menjadi sasaran, kelak pasti akan terkena kepada saudara-mara anda. Berhati-hati dalam menyusun kata dan perihal ini juga untuk peringatan saya juga buat anda semua.

Bagaimana Sajat kumpul kekuatan untuk berhadapan dengan pandangan serong masyarakat?

Orang akan sentiasa mencari dan memperkatakan tentang kesilapan kita. Justeru, ketahanan daripada aspek mental dan pemikiran perlu kuat untuk mendepani semua ini. Nobody is perfect! Setiap daripada kita pasti ada kekurangan dan kelemahan. Itu lumrah dan fitrah seorang manusia. Tetapi saya tidak menafikan ada masanya saya rasa lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan tertekan.

Rentetan itu, saya lebih suka melihat sesuatu daripada sudut yang positif juga bergaul dengan mereka yang positif kerana individu inilah yang memahami dan sering memberikan sokongan kepada saya supaya lebih positif ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang. Hingga apabila sampai satu peringkat, saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana jika berbuat demikian, boleh naik gila pula! Selagi anda tidak menyentuh soal keluarga, saya masih boleh terima.

Biarlah apa yang mahu diperkatakan orang kerana hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu memuaskan hati semua orang. Apa yang lebih penting adalah sokongan keluarga. Emak dan ayah tidak pernah jemu dan henti-henti memberi semangat kepada saya sejak kecil lagi. Merekalah sumber kekuatan juga adik-beradik saya yang sentiasa memahami keadaan saya.

TAK TAHAN DICEMUH, SAJAT MULA JUJUR ISU JANTINANYA KETIKA ‘DIHARAMKAN’ JEJAK BRUNEI !OK SAJAT DA MENGAKU !!!

Pernah terdetik menyalahkan takdir hidup?

Dahulupernah. Tetapi lama-kelamaan saya dapat menerimanya peringkat demi peringkat. Dan kerana itulah saya suka berdamping dan didampingi dengan orang yang positif. Saya berjumpa dengan alim ulama’, ustaz dan sebagainya. Mereka faham apa yang saya alami. Hingga pernah mereka berkata,

“Walaupun awak ini dua alam, tapi apa yang awak selesa, macam mana cara awak berhadapan dengan Allah; itu antara awak dengan Allah. Apa yang penting, awak ikhlas. Kalau awak nak solat dengan cara perempuan, awak selesa dengan berpakaian perempuan itu semua soal antara awak dengan Allah. Bukan awak dengan masyarakat.”

Saya berpegang kepada perihal ini sahaja, bahawa sesungguhnya tiada yang sempurna dalam kehidupan kita. Biarpun saya maklum saya tidak boleh berkahwin apatah lagi melahirkan zuriat sendiri, saya tetap menerimanya dengan reda.

Lihat sahaja di luar sana, ramai wanita yang cantik rupa paras fizikalnya, mewah kehidupannya tetapi Allah uji dengan masalah keruntuhan rumahtangga sehingga menyebabkan perceraian dan sebagainya. Perkara seperti inilah yang kita tidak jangka sebenarnya yang sudahpun tertulis dalam qada’ dan qadar. Mahu atau tidak kita perlu menerimanya dengan reda.

Kecaman paling teruk yang pernah Sajat alami?

Apabila diasak dengan pertanyaan mengenai status saya, itu antara kecaman yang paling teruk pernah saya alami. Ada juga ketikanya saya tertekan dan kecewa serta dalam masa sama sedih. Tetapi saya bingkas bangun agar tidak terus hanyut dibuai perasaan. Daripada perspektif lain, saya berpendapat apabila saya sering kali dikecam, dijadikan bahan kritikan dan seumpama dengannya bermaksud segala tindak- tanduk dan perilaku saya diperhati. Ada sahaja yang ingin mengambil tahu.

Tidak kiralah sama ada dalam sudut positif atau negatif. Bagi saya golongan ini mudah sekali menghukum, mencerca dan menghina tanpa usul periksa. Dan saya lebih senang sekadar ‘block’ akaun palsu misalnya atau komen-komen negatif yang dilemparkan. Kadangkala saya akan mendiamkan diri tetapi ia tidak bermakna saya beralah cuma saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah apa yang mereka nak katakan. Selagi tidak menyentuh soal maruah keluarga, anak- anak atau mengganggu periuk nasi saya; ia tidak memberikan apa-apa kesan pada saya.

Pernah berhadapan dengan konflik keluarga susulan isu ini?

Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalaminya. Mungkin ada segelintir daripada rakan-rakan lain yang pernah lari dari rumah, berhadapan dengan tekanan hidup atau dibuang keluarga; tetapi peristiwa sedemikian tidak berlaku kepada saya. Kerana pada pandangan saya, pokok pangkalnya adalah restu ibu bapa. Jika kita tidak memohon atau memperoleh restu mereka, hidup kita tidak akan ke mana.

Saya percaya dan berpegang kepada prinsip ini. Doa mereka yang membuatkan semuanya berjalan dengan mudah. Mungkin juga kerana ikatan kekeluargaan kami akrab, maka tidak timbul soal ini. Setiap permasalahan yang berbangkit, kami akan duduk berbincang dan kerana itu jualah hubungan dan pertalian sesama kami bertambah erat.

Ada juga sesetengah perkara yang jika mereka sifatkan tidak patut saya lakukan; mereka akan tegur. Adat orang tua, pasti mereka akan berleter itu dan ini. Dan cara saya melihatnya, mereka melakukannya kerana mengambil berat dan menyayangi kita. Jika tidak, pasti mereka akan biarkan kita terus hanyut tanpa menegur, memberi nasihat dan sebagainya. Anggap sahaja leteran itu tanda mereka sayang kepada kita.

TAK TAHAN DICEMUH, SAJAT MULA JUJUR ISU JANTINANYA KETIKA ‘DIHARAMKAN’ JEJAK BRUNEI !OK SAJAT DA MENGAKU !!!

Mengambil dua orang anak angkat, bagaimana Sajat boleh terdetik mahu menjaga dan membesarkan mereka?

Sebenarnyasayatidakpernahmempunyai perancangan mahu mengambil anak angkat. Secara kebetulan, tahun lalu ibu angkat saya menelefon sewaktu saya dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur. Katanya, “Kau nak ambil anak angkat tak?” Mulanya saya terpinga-pinga tetapi entah mengapa saya bersetuju untuk mengambilnya.

Kata ibu angkat saya lagi, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan di Kuala Lumpur. Bayi tersebut adalah sepasang kembar – lelaki dan perempuan. Syukur kerana segala urusan dipermudahkan. Saya hanya membayar kos rawatan perubatan dan sedikit sumbangan peribadi kepada ibu bayi kembar tersebut. Selebihnya, prosedur rasmi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dipermudahkan.

Kebetulan, salah seorang pegawai yang menyelia kes pengambilan anak angkat adalah salah seorang klien saya. Maka segala urusan mengikut prosedur walaupun saya bujang dan tidak pernah memohon untuk mengambil anak angkat. Saya anggap ia sebagai satu keajaiban yang indah sepanjang hidup saya.

terhibur dengan keletah mereka, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syamin berusia setahun setengah. Sudah pandai bercakap dan bermacam-macam lagi kerenah mereka yang membuatkan hari- hari saya lebih bermakna. Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur.

Pandangan Sajat jika ada golongan transgender menjadikan khunsa sebagai ‘alasan selamat’ untuk memuaskan hati mereka memilih jalan ini?

Saya tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung soalan ini. Tidak mengeyakan atau menidakkan. Pada saya ia terlalu subjektif. Ya, saya memahami mereka kerana saya berkawan selain mempunyai klien yang terdiri daripada semua golongan misalnya tomboy, pengkid, pondan, biseksual, homoseksual dan sebagainya.

Ada yang keliru dan mempunyai kecelaruan identiti lantas memilih jalan ini. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri. Selebihnya itu terpulang kepada pendirian masing- masing. Tepuk dada, tanya selera.

Sajat kini dikenali dan segala gerak-geri sering diperhati. Senang dengan perubahan ini?

Saya tidak menyangka sama sekali akan melalui detik perjalanan hidup seperti ini. Tidak kiralah apa orang nak mengata, sama ada saya dikenali kerana gelaran pondan diva, ratu mak nyah dan sebagainya itu semua tidak mendatangkan masalah kepada saya. Jika dahulunya, saya cuma fikirkan perjalanan hidup saya biasa-biasa sahaja. Dan simboliknya, hari ini begini pula perjalanan hidup saya.

Apatah lagi kini menceburi bidang perniagaan, pelbagai perkara harus saya teliti dan sentiasa berhati-hati. Bukan apa, bimbang juga jika sekiranya ada musuh dalam selimut atau sesiapa yang tidak saya kenali ingin menghentam atau menjatuhkan perniagaan saya menerusi media sosial, siapa tahu bukan? Saya tidak menafikan media sosial banyak membantu meluaskan perniagaan saya dalam tempoh yang singkat. Rentetan itu, ada juga yang tertanya-tanya mengenai siapa saya sebenarnya, apakah yang saya lakukan sehingga berada pada tahap ini dan sebagainya.

Seboleh mungkin ‘mereka’ akan cuba mengorek apa jua yang berlaku dalam rutin harian saya. Biarpun ada yang mengutuk, mengata dan sebagainya tetapi masih ada sekelompok lain yang masih sibuk dan ingin tahu mengenai diri saya. “Eh, siapa dia ni sebenarnya? Apa yang dia buat sampai laris produk bengkung tu? Eh, buah dada dia ni bukan ori lah!” dan pelbagai lagi andaian orang terhadap saya.

Tetapi saya masih boleh bertahan hingga hari ini. Saya anggap ia sebagai angin sepintas lalu. Rahsia yang tersurat dan tersirat semuanya sudah tertulis. Rezeki yang saya peroleh hari ini bagaimana, dikenali orang dan sebagainya semuanya pementasan di dunia sahaja. Sesungguhnya di akhirat kelak segala titik penentu dalam setiap tindak-tanduk kita. Itu sahaja yang menjadi pegangan saya.

Kongsikan cerita bagaimana bermulanya sejarah produk kecantikan dan label Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd?

Mulanya saya membuka perniagaan berasaskan hiburan iaitu kumpulan penari. Saya pernah bekerja di Macau selama tiga tahun sebagai penari dan pulang ke sini, saya menubuhkan sebuah syarikat produksi bersama rakan kongsi. Namun dek kerana mempunyai masalah, perniagaan tersebut ditutup. Biarpun terpaksa menanggung kerugian wang ringgit, saya cuba pula bidang lain.

Saya bermula dengan dropship sebuah produk kecantikan kulit. Bermodalkan RM500.00 kemudian saya beralih kepada agen pula hingga berdikit-dikit saya kumpul untuk tampil dengan produk sendiri. Syukur berkat usaha dan kerja keras, saya berjaya meraih pendapatan bersih bulan pertama sebanyak RM12,000.00 sebulan.

Dan menerusi Instagram saya belajar bagaimana untuk meluaskan rangkaian perniagaan hingga hari ini. Dari situ saya buka spa kecantikan pertama di Galaxy Ampang. Syukur perjalanan perniagaan kini semakin berkembang berdasarkan sokongan dan kepercayaan klien juga kekuatan daripada staf juga keluarga.

TAK TAHAN DICEMUH, SAJAT MULA JUJUR ISU JANTINANYA KETIKA ‘DIHARAMKAN’ JEJAK BRUNEI !OK SAJAT DA MENGAKU !!!

Mengapa memilih bidang kecantikan sebagai cabang perniagaan?

Pada saya semua orang mahu kelihatan cantik. Luaran adalah pandangan pertama apabila melihat kita. Dan kerana itu, kita harus menjaga kecantikan diri. Pengalaman peribadi saya, kali pertama orang akan melihat saya mereka akan pandang sekali imbas.

Kemudian mereka akan lihat pula gerak-geri. Pada saya tidak kisah jika mereka memandang itu dari sudut yang positif atau negatif. Kerana pandangan pertama itu membuktikan ada sesuatu yang istimewa pada diri kita yang membuatkan orang menoleh kali kedua lantas mahu terus melihat kita.

Daripada perspektif pekerjaan umpamanya, jika anda mempunyai penampilan menarik, berpakaian cantik dan kemas, memiliki kulit yang bersih sekali gus anda akan menarik perhatian orang juga membuatkan orang lain selesa dengan anda. Dan kerana itulah saya melihat aspek kecantikan sebagai kunci utama dalam memberi tarikan kepada sesiapa. It’s all about how you present yourself.

Rajin bersedekah dan melakukan kerja-kerja amal. Apa mesej yang Sajat ingin sampaikan?

Ia lebih kepada berkongsi rezeki sebenarnya. Saya turut memberi wakaf, sumbangan derma serta bersedekah kepada surau-surau, rumah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, golongan gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan. Sejak mula menceburi perniagaan (2014) saya sudah mula melakukan kerja-kerja amal.

Melihat golongan yang kurang berkemampuan, baik daripada mereka yang kurang upaya benar-benar menginsafkan saya. Benar, saya tidak sempurna tetapi saya memahami apa yang mereka lalui. Justeru, saya bantu sekadar yang mampu. Saya merasakan ada tanggungjawab yang perlu saya lunaskan sebagai manusia maka dengan itu saya bantu mereka.

Dari situ juga saya banyak belajar tentang erti penerimaan dalam kehidupan kerana sebagai manusia kita sendiri tidak pasti bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Apa itu erti keikhlasan dan sebagainya banyak mengajar saya agar lebih matang dalam tindakan.

TAK TAHAN DICEMUH, SAJAT MULA JUJUR ISU JANTINANYA KETIKA ‘DIHARAMKAN’ JEJAK BRUNEI !OK SAJAT DA MENGAKU !!!

Sumber : intrend.com.my

(14 Foto) Comelnyaaaaa!!! Gambar 14 Artis Semasa Kecil.. No 14 Memang Bibir Tebal Dari Kecik Rupanya! Mohon Share!

1.Nabila Huda
Comelnya dia debab!

2.Sharol Shiro
Cuba teka yang mana satu Sharol Shiro? Dia yang kat belakang tu. Yang pakai baju bintik-bintik harimau.

3.Scha Al yahya
Lelaki yang sebelah dia tu Syed Sobri. Kalau tak salah bapa saudaranya Syed Sobri ni amat popular zaman2 80an duhulu.

4.Akim
Muka suci sangat ni. Paling tak berubah dah tentu mulut dia. 24 jam ternganga je. Hiks!

5.Stacy
Stacy yang kiri sekali. Baju ada doll tu.

6.Faezah Elai
Yang ni tak payah teka la. Muka dari kecik sampai besar tak berubah. Faezah Elai yang pegang daun tu ye adik-adik. 🙂

7.Diana Danielle
Kecoh jugak cerita dia bergambar seksi tu kan?? Pelik jugak la sebab belum kahwin dulu mana ada dia seksi-seksi macam tu. Dah kahwin menjadi-jadi pulak. Opss!! Dulu takut kat mak kot, sebab ada dulu pernah dengar cerita mak dia akan ikut je dia kemana dia pergi.

8.Rita Rudaini
Sebelah tu abang dia. Bila tengok muka abang dia tu baru perasan sebenarnya wajah anak-anak Rita ni memang ikut belah Rita. Takde pun yang ikut muka cam belah bekas suami dia kan?? Sikit-sikit je ada tapi banyaknya ikut muka keluarga Rita.

9.Hafiz Suip
kecik-kecik dah menyanyi rupanya. Patut la vokal mantap! Dulu kalau besar-besar camni kalau menyanyi memang nak kena bebel dengan opah la. Dan-dan dia suruh mengaji. Hahahah!

10.Tiz Zaqyah
Memang muka sama kan??

11.Fazura
Dari kecik dah cantik!

12.Juliana Evans
Mak dia melayu kan?? Dia ni seksi sangat la sekarang. Mujur tak kahwin dengan Sam Bunkface. Sebab Sam tu nampak cam alim sikit. Heheheheh!

13.Johan As’ari
Sebelah tu kakak dia. Dia yang baring tu. Comel kan? Dah besar kacak pulak. Eh!!

14.Kila Fairy
Kecik-kecik dah comel, besar lagi lah kan, hehe!

Amacam? Comel tak? Hahaha 🙂

Sumber : himpunanmedia.com