Nama aku Anne. Masa tunang, aku pelik ngan ayah aku dia hanya minta duit RM3k utk mas kahwin dan ZERO utk hantaran. Pihak suami aku pun tercengang2 la. Lepas tu tak sangka pulak masa nikah pihak suami pulak buat kejutan. Masa majlis mereka ramai2 telah…..

PELIK Ayah X Minta Hantaran Langsung Tp Apa Keluarga Laki Buat Masa Nikah Lebih MENGEJUTKAN !!! | Nama aku Anne. Masa aku kawin dulu (now aku dah ada beberapa orang anak), aku ada Degree. Parents aku tak mintak hantaran. Diorang cuma nak mas kawin saja lebih kurang RM 3k plus (ada simbolik number ni). Hantaran mmg tak ditetapkan. Up to my husband side. Ikut suka hati. Tetapi… Keluarga laki aku kasi jugak belanja kat aku. RM15k.
Sekadar Gambar Hiasan.

Tak termasuk hantaran2 or belanja lain. Ni just hadiah utk aku. Mas kawin pulak dorang up lagi. Instead of RM 3k plus yang bapak aku mintak. Dorg kasi around RM 5k. So in total dekat situ je aku dapat around RM 20k. Tak termasuk belanja lain yang sesetengahnya turut disponsor. Ini mmg aku langsung tak expect and tak mintak. Serious.

Mungkin la keluarga laki aku berkemampuan, tapi moralnya di sini, kalau laki tu mampu, dia akan kasi punya 10k ke 100k ke. Kau takyah mintak. Yang kau dok mintak 10k 15k 20k dah dorang tak mampu. Sampai kena catu makan semua mmg la kesian. Kalau nak yang mampu, cari la yg mampu kasi mcm tu.






Sumber : beritatular.com

Lepas Habis Urut, Saya Dan Suami Siap Untuk Pulang. Semasa Nak Pakai Selipar Aku Ternampak….

Lepas Habis Urut, Saya Dan Suami Siap Untuk Pulang. Semasa Nak Pakai Selipar Aku Ternampak |Bila dari hari Isnin hingga ke Jumaat kita penat bekerja, kita mesti ambil satu hari untuk manjakan diri. Antara aktiviti yang boleh hilangkan penat ialah baring sambil tengok movie kat bilik, tidur sehari tak payah keluar rumah langsung dan pergi mengurut. Fuhh mengurut tu feeling dia lain macam. Memang rasa fresh setiap kali lepas urut.. Tapi urut badan, kepala dan kaki ehh.. Bukan benda lain.


Cakap pasal mengurut, kami dapat kiriman emel dari seorang isteri menceritakan pengalaman sakit hati, tak dapat dilupakan bila dia pergi mengurut dengan suaminya di satu tempat urut bertemakan bali ni.. Alamak..

Ingin cerita pengalaman paling sakit hati berurut

Saya ingin berkongsi pengalaman saya berurut di salah sebuah pusat urut yang bertemakan konsep bali bersama suami saya. Tujuan saya berkongsi cerita adalah untuk mengingat dan menasihatkan kepada semua kaum wanita yg berstatus isteri, tunang, gf atau apa2 pun status anda. Untuk pengetahuan semua, suami saya adalah seorang ahli sukan. dia selalu minta saya urut malam2 sebelum tido. Tapi saya pun seorang isteri yang berkerja. So saya pun penat gak nak urut dia tiap2 malam. Sape cakap mengurut ni tak penat?? dengan badan suami yang berotot lagi (keras sebab bersukan). Penat weiiii.. Dia selalu mengadu dia sakit2 badan kebelakangan nie. Dia ajak saya mengurut di pusat urut. sebelum ni kami memang biasa mengurut di Ampang, area rumah mak mertua, sebab suami memang orang sana. yg mengurut suami pun lelaki la.

Biasanya suami je yang selalu mengurut badan, kalau saya teman pun urut kaki jela.. Sejak berpindah rumah sendiri ni kami pun tak tau tempat nak mengurut. Disebabkan kami selalu shopping barang dapur di tesco. Kami pun nampak lah satu pusat urut di dalam tu.. Malangnya pusat urut tersebut tidak lagi menerima pelanggan kerana time tu dah pukul 8.30 mlm. Katanya pelanggan yang booking dah penuh. Rasanya saya sudah pergi ke pusat urut tersebut sebanyak 3 kali (selalu pergi selepas shopping barang dapur) namun masih tidak pernah mendapat khidmat mereka kerana selalu full. Pusat urut ni ada mengurut lelaki mahupun perempuan. Perempuan yang urut perempuan la.. laki yang urutnya laki la. Sebabkn dah full saya pun suruhlah suami google pusat urut yang lain.. lepas dah goggle, jumpa lah satu pusat urut ni. Suami pun suruh saya call tempat tu.. Lepas dah tau lokasi saya dan suami pergi la kesana. Berapa minit je dengan pusat urut yang pertama tadi.

Kedai urut nampak lain macam..

Keluar je kereta saya tengok pusat urut tu.. macam scary je.. Pusat urut tu di tingkat dua bangunan kedai. Konsep pusat urut tu ala2 Bali. Kami pun masuklah. Kami berdua masing2 urut badan.. Dah bayar apa semua saya tanya la yang urut suami siapa? orang kaunter (perempuan) tu cakap perempuan. Saya pun tergaman sekejap.. Suami pun serba salah.. dah bayar kan.. Tp tak fikir negetif sebab pusat urut ni maybe yang jenis professional (dalam kepala otak pikir staff yang urut pakai uniform mcm maid2 org kaya dalam cerita2 tv tu kot, pakai sarung tangan plastik yang orang selalu jual makanan tu pakai dan bagi pelanggan pakai baju yang sepatutnya la time urut, sebab saya ni tak pernah urut badan dan tak pernah pergi tempat2 urut mcm nie) time tu rase saya ni kena open minded sikit la.. Saya berkali2 pesan kepada orang kaunter tu supaya bagi suami tukang urut yang jenis urut kuat (dalam hati supaya suami dapat yang makcik2 dan gempal2 sikit.. hehe) lagi pun suami memang selalu komplen yang saya urut tak rasa.ADS HERESebab kan kami ni urut secara couple..

Lepas dah habis urut, pergi ke tempat suami pula lepas tu..

So orang kaunter tu ajak kami pergi ke tingkat 3.. dia tunjuk tempat urut kami.. Suami dan saya sebelah2 je.. yang pisahkan kami hanya lah langsir. nak cakap bilik pun tak jugak.. sebab dia macam pentas kayu, ada langsir, tilam single, bantal, kena bukak kasut dan towel je). Tingkat atas tu semua konsep urut dia mcm nie. lepas kami dah salin baju semua ade orang ketuk dari luar (bagi isyarat yang dia nak masuk la) sekali bila tukang urut tu masuk tengok2 memang bukan macam apa yang saya bayangkan.. Dia pakai seluar jeans pendek, baju kemeja lengan pendek yang had ketiak tu, muda dan putih.. bajet2 saya rumah tukang urut ni dalam lingkungan baya2 saya 25 tahun.. Saya diam lagi.. Dalam pikiran maybe suami dapat yang macam saya pikirkan tadi.. kami urut sejam.. tukang urut tu urut biasa2 je.. sempat la sembang dengan dia, ni keje full time dia ke? asal mana? dia dah kawin ke? suami mana? umur berapa? Dia cakap ni memang keje full time dia, asal Champa, ada anak 2 orang tapi takde suami (so korang boleh pikir kot mana dia dapat anak tu) umur dia 31 tahun.. Tapi kalau korang tengok pun tak macam 31 tahun weeeiiiii.. badan dia pun kecik molek je..

lepas dah habis urut, saya dengan suami pun siap2 la.. turun dari pentas kayu (tempat urut tu) nak pakai sliper saya tengok tempat urut suami ade kasut tumit tinggi warna hitam dalam size 4 kat luar. Dalam hati dah menggelegak dah, menyumpah2 dah.. jalan depan sikit nak ke pintu untuk turun ke bawah tengok ade tukang urut yang urut badan saya tadi dan sebelah dia seorang perempuan pakai dress hitam bapak pendek punya (kalau dia tonggeng kompem nampak seluar dalam dia) saya pun anggap perempuan tu yang urut suami.. Bab1 betul.. ini tukang urut yang dia bagi urut laki aku??? Aku rasa diorang nie memang ada buat extra service kalau mane2 jantan yang mintak tu.. Korang bayang kan la.. Kalau urut kat katil urut tu takpe lagi.. Ni urut kat atas tilam single atas pentas kayu takde katil.. Kompem2 la kena panjat badan bile nak urut bagai.. korang pun boleh fikir kan.. shit betul.. aku dah tarik muka dah dengan suami.. tukang urut tu dua2 senyum kat kami time nak turun tu.. otw balik memang tukar silent mode dengan suami..

Memang tak la lepas ni nak urut mana-mana main terjah je

Memang hati mengelegak betul..Suami tanya2 gak kenape aku senyap.. Aku tau dia tau kenape aku tarik muka.. Tapi saje je buat2 tanya lagi.. Muka suami dah serba salah.. kalau aku bukak mulut kompem2 perang besar.. baik aku diam dulu.. Tak pasal2 aku tido dalam hati yang sakit amat2 bagai di hiris2 je.. Tapi bila pikir balik bukan la salah laki ak 100% pun.. aku yang bajet2 nak open minded sangat.. hamik kau.. Memang tak la lepas ni nak urut mane2 main terjah je.. So, kesimpulan nya kepada kaum hawa semua.. Kalau2 cik abg uolls tu nk gi urut elok dan lebih afdal sekiranya korang tau kat mana, dengan siapa, dan tau mcm mana servis tempat urut tu.. Ngarut je urut2 babi nie.. Eh urut bali ni.. Tersasul pulak.. hehe..

Tapi sebaik2 alam semesta kalau korang pergi teman sekali. Tak la aku cakap semua pusat urut tu tipu.. tapi eloknya kalau korang pikir sempit sikit mcm aku. Sempit tak sempit.. Kalau aku tau laki aku pergi tempat2 macam tu lagi memang aku terajang dia dengan tukang2 urut dia sekali.. kalau pergi dengan kawan pun dengan kawan2 dia aku terajang.. so kena extra careful lepas ni sebab aku rasa memang bersepah je pusat urut yang mcm nie kt KL nie.. Jangan cepat sangat percaya kan laki2 anda.. hahaha.. cukup la kami dah terkena sekali.. kalau korang nak rasa pedih dansakit yang aku rasa sekarang nie boleh la try even laki aku tak bersalah dalam cerita ni.. sakit bebbbb.

Sumber:infoviralterbaru

Sumber: jubahsemalam

Doktor keluarkan Cyst 33kg dari perut wanita berusia 24 tahun


MEXICO – Seorang wanita dipercayai mempunyai cyst (sista) terbesar di dunia yang mengandungi LIMA batu tumor telah berjaya dikeluarkan dalam usaha menyelamatkan nyawa wanita tersebut, lapor Mirror.

Imbasan menunjukkan ketumbuhan itu telah membengkak sebanyak 5 stone 3 lbs (33 kg) dalam masa lebih kurang setahun – menyebabkan wanita berumur 24 tahun tidak ingin dinamakan tersebut boleh mengalami kegagalan jantung.

Pertumbuhan tersebut bersamaan dengan berat 10 bayi baru lahir – atau lebih kurang dengan berat seorang budak berusia 10 tahun.

Butiran berkenaan pembedahan tersebut baru sahaja diketahui ramai setelah pesakit berkenaan pulih sepenuhnya dan telah kembali ke kehidupan asalnya.

Wanita dari Mexico yang tidak ingin dinamakan itu pada mulanya terkesima dengan kenapa perutnya terus membesar sedangkan beliau sedang dalam diet dan telah bertambah berat badan sebanyak 61 bs (4.3st/27 kg).

Tekanan daripada cyst tersebut telah menyebabkan beliau menghadapi kesukaran berjalan, bernafas dan makan akibat daripada mampatan terhadap organ beliau.

Doktor tiada pilihan lain kecuali untuk melakukan pembedahan

Dr Erik Hanson Viana, 27, Hospital Umum Mexico, telah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan cyst tersebut, dipercayai paling terbesar dikeluarkan keseluruhan pada tahun lepas.

Kini, setelah lebih 6 bulan, butiran berkenaan pembedahan tersebut didedahkan memandangkan pesakit tersebut telah pulih dan kembali ke kehidupan asalnya.

Dr Hanson dari Mexico City berkata, ”Ini merupakan cyst terbesar yang saya pernah saya bedah, ia sangat besar sehingga mengambil ruang sebanyak 95% di dalam perut beliau.

“Ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku untuk membedah cyst sebesar begini, dengan garis pusat setengah meter dengan ukur lilit adalahnya 157 sentimeter.

“Dalam semua kajian yang dilakukan, ini adalah dipercayai cyst ovari terbesar yang dikeluarkan keseluruhannya, tanpa memecahkan atau mengeluarkan isi kandungannya.

“Terbesar di dalam sejarah pada tahun 1902 mempunyai berat 320lb dan ia memerlukan beberapa hari untuk mengalirkan isi kandungannya, saya tidak boleh bayangan dengan cyst yang sebegitu besar.

”Pesakit agak berisi, jadi selepas beliau mula berdiet, beliau perasan muka, tangan dan kaki beliau semakin mengecil tetapi perut beliau semakin membesar.

“Bila saya bertemu beliau, dia cuma boleh jalan beberapa langkah sahaja sebelum dia berasa resah dan seakan-akan mengalami kesukaran untuk bernafas kerana cyst tersebut telah menghimpit paru-paru beliau.

“Sesetengah pakar mengatakan cyst gergasi ialah yang lebih daripada 10 sentimeter, selain dari itu ia perlu mempunyai berat sebanyak 26lb (12kg) atau perlu lebih tinggi daripada pusat pesakit – cyst ini adalah lebih besar daripada semua itu.

“Kalau kita tidak melakukan pembedahan tersebut, ia akan menyebabkan pesakit tidak dapat berjalan, mengalami kekurangan zat makanan yang teruk dan tidak boleh makan. Susah untuk dikatakan berapa lama dia boleh hidup, tetapi ia merupakan kualiti kehidupan yang teruk.

“Dua hari selepas pembedahan pesakit berjalan keluar dari hospital. Sebelum ini dia telah biasa membawa lebihan sebanyak 73lb (33kg) kerana cyst tersebut, jadi pergerakan beliau seolah-olah rasa terapung dan seperti berjalan di atas bulan.

“Bila kami berjumpa dengan pesakit selepas 6 bulan kemudian untuk melihat sama ada jahitan pesakit telah pulih dan untuk memastikan tiada masalah lain, pesakit telah pulih sepenuhnya.

“Pesakit mampu berdiri lurus sepenuhnya. Dia sekarang berjalan seperti orang biasa tanpa memerlukan bantuan tongkat atau apa-apa jenis bantuan dan sekarang perut pesakit telah rata semula,” katanya.

Pesakit telah dirujuk ke Hospital Umum Mexico sebagai langkah terakhir disebabkan saiz cyst ovari tersebut dan pembedahan yang rumit diperlukan untuk mengeluarkannya.

Pada tahap ini cyst gergasi tersebut adalah seberat 5st 3 (73lbs/33 kg) dan membesar pada kadar lebih kurang 6lbs setiap bulan.

Dr Hanson berkata, ”Kerana cyst itu menjadi sangat besar, ia telah mula menekan usus dan menghalang pesakit daripada makan. Pesakit akan rasa kenyang dengan hanya memakan sedikit makanan dan oleh kerana saiz cyst tersebut, sukar untuk makanan lalu ke perut pesakit.

“Cyst tersebut juga menekan dua saluran utama di dalam badan iaitu urat dan arteri, yang boleh menyebabkan masalah jantung yang serius.” katanya.

Kerana saiz tersebut, Dr Erik Hanson dan Dr Abel Jalife mengeluarkan tumor itu secara keseluruhan kerana risau penyaliran cyst tersebut boleh membahayakan nyawa pesakit.

Lebih kurang 20% cyst gergasi adalah malignan (berbahaya), bermaksud jika cyst tersebut dipecahkan ia akan berisiko menyebarkan sel tumor ke dalam badan pesakit

Dr Hanson berkata lagi, ”Masalah dengan cyst jenis begini adalah 80% benigna (tidak berbahaya) tetapi lebih kurang 20% boleh jadi malignan, dan kita tidak tahu ia jenis apa sehinggalah kita keluarkan ia.

“Menyalirkan ia keluar sebelum itu agak berbahaya sekiranya ada cecair yang tertumpah dan berisiko mencemarkan dinding perut pesakit dan menyebarkan sel tumor. Tetapi untuk mengeluarkannya secara keseluruhan juga sukar kerana dinding cyst ialah senipis 1 ml dan perlu dipastikan tidak mengering atau ia boleh koyak juga.

“Tiada persetujuan umum di dalam komuniti perubatan tentang apa cara terbaik untuk membedah cyst gergasi.

“Pesakit memilih untuk mengeluarkan secara keseluruhan cyst ovari tersebut daripada mengeluarkan bendalir dulu, walaupun pesakit mengetahui dia akan mempunyai parut yang panjang. Pesakit masuk ke bilik bedah dengan mengetahui beliau akan mendapat parut sepanjang dari dada ke kawasan kemaluan, beliau tidak risau dan rasa gembira.

“Pesakit mengalami kesan regangan di perut dan kulit di kawasan perut adalah berkedut, tetapi sekarang dinding perut beliau telah kembali ke tempat sepatutnya.

Pesakit telah pulang semula ke kehidupan asal di bahagian luar bandar Mexico, dengan jarak sehari perjalanan dari Hospital Umum Mexico.

Dr Hanson berkata, ”Sebahagian besar apa yang kami lakukan adalah rasa kepuasan bila rasa dapat mengubah kehidupan seseorang sepenuhnya dan mengetahui mereka tidak akan melupakan kita, walaupun mereka lupa untuk mengucapkan terima kasih.” – Terjemahan Farta Ag Jair khas untuk The Reporter sahaja.

Sumber : The Reporter

Petua Hilangkan Perut Buncit Dalam Masa Yang Sangat Singkat… Jom baca dan kongsi…

https://3.bp.blogspot.com/-vwORoYOpz_o/V47HDKYiC1I/AAAAAAAAM9I/yynOzrgid0o6BFo_JwuEEMBx0K8zvbTeACLcB/s640/Petua%2BHilangkan%2BPerut%2BBuncit1.jpg

Petua Hilangkan Perut Buncit Dalam Masa Yang Sangat Singkat
https://3.bp.blogspot.com/-vwORoYOpz_o/V47HDKYiC1I/AAAAAAAAM9I/yynOzrgid0o6BFo_JwuEEMBx0K8zvbTeACLcB/s640/Petua%2BHilangkan%2BPerut%2BBuncit1.jpg
Harini admin nak share 1  tips atau petua yang memang mujarab untuk hilangkan masalah perut buncit yang banyak menghantui rata-rata rakyat di Malaysia ini. Ramai yang dah cuba dan ternyata berkesan dalam masa satu minggu sahaja. Ya, satu minggu je uols.

Tips ini amat mudah sekali dan melibatkan bahan-bahan yang senang untuk didapati di pasaraya berdekatan korang.

Bahan-bahannya adalah :

1. Lemon(setengah)
2. Kurma(2 biji)
3. Secawan air suam-150ml
3. Bawang putih(4 ulas)

Cara-caranya adalah:

1. Kupas kulit bawang putih.
2. Blend semua bahan-bahan. Paling baik blend sekali dengan kulit lemon tu tau.

3. Tapis.
4. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Kurma  berfungsi untuk membantu mengurang rasa pahit selain khasiatnya yang tersendiri, Bawang putih pula untuk  mengaktifkan penghasilan leptin iaitu horman yang mengurangkan selera makan, lemon pula  boleh membakar lemak degil dan pada masa yang sama membuang toxin di dalam badan.

Selamat mencuba uols. Jika rasa tips ini berguna, share kepada kawan-kawan yang lain tau. Terima kasih : by Oh Kiji

 

Sumber : asamgaram

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

INI TIPS dari NENEk MOYANG kita iatu cara cepatkan bukaan rahim Supaya mudah bersalin yang RAMAI bakal IBU tidak PERNAH AMIK TAHU.. Bakal ibu WAJIB BACA..!!!.


Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin .
.
Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari­hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.
1. Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah
sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
.
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat

sumber : asamgaram

(4 GAMBAR) Kucing Ini Tak Melawan Ketika Disuapkan Ubat, Tapi Reaksinya Selepas Tu Memang Menyentuh Jiwa !!!

(4 GAMBAR) Kucing Ini Tak Melawan Ketika Disuapkan Ubat, Tapi Reaksinya Selepas Tu Memang Menyentuh Jiwa !!! |Sekiranya anda membela haiwan peliharaan di rumah, tentu anda sudah tahu bagaimana sukarnya untuk membawa haiwan peliharaan anda ke klinik haiwan. Dan mereka juga sanggup terus menanggung kesakitan daripada memakan ubat yang diberikan.

Baru-baru ini seorang pengguna internet memuat naik sebuah video yang memaparkan kucing belaannya memakan ubat. Video ini menjadi tular sebaik sahaja ianya dikongsikan.

Kucing ini tidak melawan atau meronta-ronta apabila diberikan ubat tersebut, tetapi.…

Kucing bernama Arnold ini dilihat sangat patuh menelan ubat yang disuapkan, tetapi tidak lama kemudian air matanya mula mengalir bercucuran.

Tidak banyak yang boleh dikatakan untuk memujuk kucing ini, tetapi melihatkan tangisannya membuatkan kita turut bersimpati dengannya.

Video yang memaparkan Arnold ini sangat popular sehinggakan kini sebuah kumpulan khas peminat Arnold telah ditubuhkan.

Siapa sangka seekor kucing boleh mengalirkan tangisan seperti seorang kanak-kanak?

Adakah anda berasa seperti mahu memeluknya? Kongsikan rencana ini dengan pecinta haiwan yang lain.

Sumber: ManArnold

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

The post (4 GAMBAR) Kucing Ini Tak Melawan Ketika Disuapkan Ubat, Tapi Reaksinya Selepas Tu Memang Menyentuh Jiwa !!! appeared first on BISKUTMANIS.

Blog Post Title

What goes into a blog post? Helpful, industry-specific content that: 1) gives readers a useful takeaway, and 2) shows you’re an industry expert.

Use your company’s blog posts to opine on current industry topics, humanize your company, and show how your products and services can help people.