“I bukan perempuan sis, kita operation sis” – Lebih jujur & cantik berbanding Sajat, Rizulala dipuji netizen

Loading...

 

Sekiranya sebelum ini, jutawan kosmetik, Nur Sajat mungkin selesa kerana bergelar sebagai seorang transgender popular yang paling cantik di Malaysia.

 

Namun kini, status yang dipegang oleh Nur Sajat itu nampaknya bakal berubah apabila kemunculan seorang transgender telah mendapat perhatian netizen baru-baru ini.

Rizulala yang merupakan seorang transgender telah mendapat perhatian netizen apabila gambar-gambar beliau menjadi tular di laman media sosial.

Apa yang menariknya, ramai netizen berasa kagum dan menyifatkan Rizulala lebih cantik dan gebu berbanding Nur Sajat.

 

 

Bukan setakat itu saja, netizen juga turut memuji sikap jujur dan terbuka Rizulala yang mengakui dirinya bukanlah seorang wanita, sebaliknya seorang transgender semata-mata.

 

 

 

Video Rizulala sedang makan di depan kamera sambil bersiaran secara langsung di Instagram mendapat perhatian netizen apabila dengan terbuka membuat pengakuan yang mengejutkan.

Berbanding Nursajat yang diragui jantinanya, Rizulala lebih terbuka dan mengakui dia bukanlah seorang perempuan sejati.

 

Makan jamu apa?
Makan jamu apa? Saya bukan perempuan sis nak makan jamu. Kita operation sis.

Apabila ditanya mengenai rahsia kecantikan yang dimilikinya, Rizulala berterus-terang memberitahu yang beliau tidak mengamalkan pengambilan apa-apa jenis jamu, sebaliknya beliau memilih untuk menjalani pembedahan plastik.

 

 

 

Menurutnya lagi, dia tidak akan menjalankan pembedahan membuang halkum kerana berpendapat ciptaan Tuhan berkenaan sudah cukup indah.

Selain daripada itu, beliau juga turut memuatnaik dua keping gambar seorang remaja lelaki yang dipercayai merupakan dirinya sebelum beliau ‘bertukar’ menjadi seorang ‘wanita’.

 

 

 

Sumber : Ohmymedia

Loading...