Video wanita serang kekasih kantoi curang dengan wanita lain.. ‘Kau Hari-Hari Datang Lepak Sini, Sebab Perempuan (pelayan) Ni ke ?!’

Wanita berang teman lelakinya selalu datang lepak di kedai makan tersebut kerana perempuan lain yang dipercayai pelayan kedai makan tersebut. Sampai begitu sekali ya? Namun, ramai yang kritik si lelaki yang tak gentleman. Macam kenal pula awek dia..
Viral di media sosial video seorang wanita memarahi lelaki yang dipercayai kekasihnya yang didakwa berlaku curang kerana seringkali datang ke kedai makan tersebut kerana mahu melihat pelayan perempuan yang diminati.
Viral di media sosial video seorang wanita memarahi lelaki yang dipercayai kekasihnya yang didakwa berlaku curang kerana seringkali datang ke kedai makan tersebut kerana mahu melihat pelayan perempuan yang diminati.

Bagaimanapun, lelaki itu menafikan dakwaan kekasihnya itu dan mengatakan dia hanya datang lepak bersama rakan-rakannya.”Tengok handphone kau sekarang. Aku nak tengok handphone kau,” kata wanita itu sambil ditemani rakannya.”Aku lepak sini, main game. (Awak) kenapa? Jangan bising-bising,” balas si lelaki.

“Sebab apa sebenarnya? Sebab perempuan? Kau datang sini sebab perempuan ke apa? Hari-hari nak lepak sini,” soal wanita itu.

“Kau nampak aku lepak dengan perempuan ke apa?” balas si lelaki berkenaan yang sudah mula hilang kesabaran.

“Manalah aku tahu,” kata kekasihnya lagi.


Tindakan dua pelayan kedai tersebut yang cuba meredakan ketegangan itu mengundang bala apabila wanita itu menuduh salah seorang dari mereka yang menjadi punca kekasihnya kerap datang melepak di situ.

Kedua-duanya saling bertengkar mulut sambil diperhatikan oleh beberapa pelanggan kedai itu yang merakam kejadian tersebut.

Namun tiba-tiba si lelaki itu pula meninggikan suara dan meminta mereka berhenti bertengkar. Berang dengan tindakannya itu, wanita berkenaan pula menjadi hairan mengapa kekasihnya cuba mempertahankan pelayan terbabit.

“Kau apsal? Kau nak back up dia ke apa?” soalnya.

“Tak. Datang sini buat bising, tak malu ke dengan orang,” balas si lelaki menyebabkan wanita itu terdiam dan berlalu pergi.

Tidak berakhir di situ, wanita itu kembali dan mengambil air minuman di meja kekasihnya lalu disimbah pada dua pelayan berkenaan.

“Bodoh sial,” kata si lelaki.

Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat si lelaki terbabit tidak berguna kerana masih duduk tanpa cuba menenangkan kekasihnya itu.

“Itu contoh lelaki tak guna. Awek buat hal, boleh duduk lagi. Kalau kahwin, isteri buat hal begitu, tinggal isteri di situ juga. Jadi lelaki gentlemanlah brader. Bangun, angkut awek awak itu keluar, terus balik dan selesaikan sendiri di belakang. Selalu manusia kalau couple dia sayang, dah kahwin bertambah sayang. Kalau couple dah rimas, bila dah kahwin nanti lagi rimas,” kata Airull Skyflower.

“Kadang-kadang lelaki ini tak boleh bagi muka sangat. Mungkin ada orang beritahu girlfriend dia yang boyfriend dia melayan habis pelayan itu. Kemudian pelayan itu pun gedik semacam, memanglah girlfriend naik angin.

“Lain kali bawalah awek keluar. Kadang-kadang saya pun menyampah tengok pelayan gedik begini. Ambil order saja, jangan lebih-lebih. Bukan pelayan bar pun sampai ambil masa nak ambil order. Fikir perasaan orang lain kalau diri sendiri terkena begitu,” kata Tandu Siva L.


“Tengah shooting slot Akasia terbaru untuk TV3 ke? Tajuk apa? Please bagi tajuk yang lain dari lain. Contohnya, Suamiku Kayu, Isteriku Cemburu Tahap Dewa, Kekasihku Stokis Belacan, Kekasihku Suka Makan Ubi Kayu,” kata Tuan Haji Putra Gie.

sumber:http://www.thereporter.my/2017/10/kau-hari-hari-datang-lepak-sini-sebab.html?m=1

(16 FOTO) SEKITAR PERTUNANGAN ELFIRA LOY DAN SUFFIAN SUHAIMI

Sebentar tadi, pasangan sama cantik,sama padan Elfira Loy dan Suffian Suhaimi selamat menjalankan majlis pertunangan mereka. Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Elfira atau lebib mesra disapa sebagai El turut meminta doa yang baik-baik daripada semua untuk majlis pertunangannya yang berlangsung petang ini.
Elfira Berdebar!
Akui perasaanya agak berdebar kerana selepas ini bakal bergelar seorang isteri, namun menurut El beliau sudah bersedia untuk menjadi suri hati kepada SuffianEl turut berkongsi beberapa foto dan video di laman IG Story yang menunjukkan beberapa persiapan akhir yang sedang dilakukan.
Tahniah El & Suffian! 
Tinjauan Hangat.com mendapati masih belum ada gambar rasmi yang dimuat naik oleh kedua – dua mereka. Namun hasil intipan, kami berjaya menemui beberapa gambar El yang kelihatan cukup cantik. Khabarnya baju El telah dibuat oleh pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Apapun tahniah buat El dan Suffian!

Sumber-hangat.com, foto-instagram via HM

Kecantikkan Primadona Ini Memang Sudah Tak Diragukan Lagi! Siapa Sangka, Ketika Tahu Tempat Dia Bersekolah, Seluruh Netizen Menyumpah dan Ramai Juga yang Patah Hati!

Kecantikan gadis Thailand ini benar-benar telah merebut perhatian para pengguna Facebook. Senyumnya yang manis, kulitnya yang putih dan tubuhnya yang indah telah menyihir semua mata lelaki yang melihatnya!

Tapi, belum berapa lama ini, ada seorang netizen yang menemukan sekolah dimana gadis ini menuntut ilmu. Hasilnya sungguh membuat semua semua orang patah hati!

Siapa sangka, gadis cantik ini ternyata adalah seorang laki-laki! Para lelaki langsung kabur ketika mengetahui hal ini!

Seorang netizen menyebar foto cantik poommee yang membuatnya menjadi populer.

Poommee yang bersekolah di sekolah khusus laki-laki mengakui bahwa ia adalah cowo tercantik di sekolahnya. Karena dari kecil ia sudah senang bermain alat make up dan memakai baju perempuan.

Sejak kecil, ia sudah sering di dandani menjadi perempuan dan diikuti lomba menari oleh orang tuanya.

Orang tua nya juga tidak melarang pilihannya untuk menjadi seorang perempuan dan bahkan mereka ikut menemani nya untuk operasi! OMG~

Banyak netizen juga yang mengakui bahwa kecantikannya melebihi gadis sesungguhnya.

Ada satu netizen berkomentar: 「dia sangat cantik, tapi setelah mengetahui bahwa dia adalah laki-laki, aku jadi sedih」

Lihatlah foto ini. Siapa yang percaya bahwa dia adalah laki-laki?!

 

Di Thailand memang banyak sekali laki-laki yang berubah menjadi perempuan. Dan itu sudah menjadi hal yang umum terjadi disana.

Sumber: BH

“I bukan perempuan sis, kita operation sis” – Lebih jujur & cantik berbanding Sajat, Rizulala dipuji netizen

 

Sekiranya sebelum ini, jutawan kosmetik, Nur Sajat mungkin selesa kerana bergelar sebagai seorang transgender popular yang paling cantik di Malaysia.

 

Namun kini, status yang dipegang oleh Nur Sajat itu nampaknya bakal berubah apabila kemunculan seorang transgender telah mendapat perhatian netizen baru-baru ini.

Rizulala yang merupakan seorang transgender telah mendapat perhatian netizen apabila gambar-gambar beliau menjadi tular di laman media sosial.

Apa yang menariknya, ramai netizen berasa kagum dan menyifatkan Rizulala lebih cantik dan gebu berbanding Nur Sajat.

 

 

Bukan setakat itu saja, netizen juga turut memuji sikap jujur dan terbuka Rizulala yang mengakui dirinya bukanlah seorang wanita, sebaliknya seorang transgender semata-mata.

 

 

 

Video Rizulala sedang makan di depan kamera sambil bersiaran secara langsung di Instagram mendapat perhatian netizen apabila dengan terbuka membuat pengakuan yang mengejutkan.

Berbanding Nursajat yang diragui jantinanya, Rizulala lebih terbuka dan mengakui dia bukanlah seorang perempuan sejati.

 

Makan jamu apa?
Makan jamu apa? Saya bukan perempuan sis nak makan jamu. Kita operation sis.

Apabila ditanya mengenai rahsia kecantikan yang dimilikinya, Rizulala berterus-terang memberitahu yang beliau tidak mengamalkan pengambilan apa-apa jenis jamu, sebaliknya beliau memilih untuk menjalani pembedahan plastik.

 

 

 

Menurutnya lagi, dia tidak akan menjalankan pembedahan membuang halkum kerana berpendapat ciptaan Tuhan berkenaan sudah cukup indah.

Selain daripada itu, beliau juga turut memuatnaik dua keping gambar seorang remaja lelaki yang dipercayai merupakan dirinya sebelum beliau ‘bertukar’ menjadi seorang ‘wanita’.

 

 

 

Sumber : Ohmymedia

6 PASANGAN ARTIS MALAYSIA INI ISTERINYA LEBIH TUA DARI SUAMI..SIAPAKAH MEREKA?.. YANG NO 5 TUE GILER KETARA….

“Kita memang dijodohkan bersama..sehati dan sejiwa..”

Kalau dah jodoh, tiada apa yang menjadi penghalang biarpun harta atau jarak umur. Kita biasa dengar jika pasangan berkahwin pasti si suami lebih berumur berbanding si isteri. Orang kata biar cari lelaki yang dah berumur kerana dia akan lebih matang dan bertanggungjawab. Eh, betul ke?

Zaman dahulu boleh lah, zaman sekarang lelaki tak kira tua atau muda ada sahaja yang tidak bertanggungjawab. Agaknya itulah ramai wanita bujang (andartu) atau janda lebih selesa bersendiri. Datangnya bahagia sesebuah perkahwinan bukan datang dari umur sahaja..

Berbeza dengan selebriti-selebriti kita dibawah ini, mereka menolak prinsip ‘suami kena lebih tua’. Jom ketahui siapa mereka dan jarak umur mereka dengan pasangan!

1. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)
Auto Draft
Foto – Malay Mail Online

2. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)
Auto DraftFoto – Kosmo
3. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadli (27 tahun)
Auto DraftFoto – beautifulnara
4. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)
Auto DraftFoto – Sinar Harian
5. Ella (50 tahun) & Azhar Ghazali (36 tahun)
Auto DraftFoto – Bulletin Media – blogger
6. Sheila Majid (51 Tahun) & Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim (45 Tahun)
Auto DraftKredit Foto: aaronchinphoto.com
Walaupun berbeza umur, pasangan nampak serasi..sebab si isteri semuanya cantik-cantik belaka!

Sumber:hangat.com

“Saya bayi umur 10 hari yang ditinggalkan di perhentian bas 23 september 1996 lalu,” lelaki ini mahu cari ibu kandungnya

Seorang lelaki yang mencari ibu dan bapa kandungnya tular di laman sosial selepas dia memuat naik keratan akhbar mengenai dia yang pada masa itu berusia 10 hari ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.

“Menitis air mata saya apabila mendapat tahu saya dijumpai di perhentian bas. Bagaimanapun, pasti ada sebab mengapa ibu bapa kandung saya buat begitu,” kata Mohamad Putera Zainuddin, 21 yang sedang menuntut di Kolej Perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.
Auto Draft
Menurut Mohamad Putera, dia telah pergi ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan  yang menjadi tempat tinggalnya sebelum dijaga oleh keluarga angkatnya pada Jun lalu selepas tergerak hati untuk menjejaki semula ibu dan bapa kandungnya.

“Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Ibu bapa angkat saya memang berterus-terang memberitahu saya adalah anak angkat sejak di tadika lagi

“Saya boleh menerima kenyataan itu,” katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.
Auto Draft
Foto: Mohamad Putera bersama ibu angkatnya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati lelaki yang dibesarkan di Muar, Johor ini, dia ingin mengetahui keadaan kedua ibu bapanya sama ada masih hidup.

“Saya kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail saya bagi mendapatkan petunjuk lokasi tempat tinggal ibu bapa saya.

“Bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta saya baca sendiri,”katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelas Mohamad Putera, hatinya menjadi luluh selepas membaca keratan akhbar yang disimpan di dalam buku rekod berkenaan.
Auto Draft
“Saya ingat akan jumpa keluarga kandung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan, namun sangkaan saya meleset.

“Tak sangka, saya dijumpai di perhentian bas oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari,”ujarnya.

Tidak pernah menyalahkan tindakan ibu dan bapa kandungnya itu, Mohamed Putera akan terus berusaha mencari mereka.

“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.

“Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu,” katanya.

Mohamad Putera berkata, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung sekurang-kurangnya dia ingin bertemu dengan bidan kampung itu.

“Jika bukan kerana wanita itu jumpa saya, tidak tahu sama ada saya masih hidup atau tidak,” katanya.

Sumber- Harian MetroPutera Zainuddin via siakapkeli

“At Least Dia Tak Mengaku Perempuan” – Netizen Bergaduh Bandingkan Riz Ulala Dan Sajat

Putih gebu, badan cantik, muka pun macam model! Heboh satu Malaysia bila tengok Riz Ulala. Cair hati jejaka-jejaka di luar sana selepas gambar gambarnya tular di media sosial, siap ajak kahwin lagi!

Tapi maaflah, telan air liur sahaja sebab Riz dah terang-terangan mengaku yang dia sebenaranya seorang pondan.

Walaupun bentuk fizikal luarannya saling tak tumpah macam wanita tulen, namun tetap dia mempunyai halkum dan alat sulit lelaki.

“At Least Dia Tak Mengaku Perempuan” – Netizen Bergaduh Bandingkan Riz Ulala Dan Sajat

Suaranya juga kasar dan garau dan menerusi satu video secara live di ruangan Istagramnya, Riz mengakui yang rahsia kecantikannya bukan dengan mengambil sebarang ubat atau jamu tapi sebaliknya melalui pembedahan.

Wanita dari Sabah ini juga kata dia tak mahu membuang halkumnya. “Semua pemberian Tuhan sis, tak payah nak buang-buanglah,” katanya.

Pengakuannya itu sekaligus mewujudkan debat antara netizen yang mula membanding-bandingkan Riz Ulala dengan usahawan kosmetik terkenal Malaysia, Nur Sajat.

Ramai netizen lebih tertawan dengan kesopanan Riz yang lembut dalam mengeluarkan kata-kata.

“At Least Dia Tak Mengaku Perempuan” – Netizen Bergaduh Bandingkan Riz Ulala Dan Sajat

Ada juga yang mencadangkan supaya Riz Ulala buat bisnes produk kecantikan. Agak-agak boleh kalahkan Sajat tak? Yang mana satu pilihan anda, Kak Riz atau Kak Sajat?

– kakishare

Drama Titian Cinta Dihentam Netizen, Faezah Elai Bengang & Buka Cerita Sebenar

Panas sekejap di media sosial tentang Drama Titian Cinta disebabkan isu salah dialog yang diviralkan malah siap dihentam oleh netizen secara berjemaah. Drama ini adaptasi daripada sebuah novel tulisan Ridhya Iman dengan judul yang sama.

Sebenarnya dalam novel Titian Cinta, dialog yang ditulis oleh Ridhya Iman untuk babak ini, boleh dikatakan elok dan tiada masalah berkenaan fakta perubatan. Drama ini turut dibintangi Zul Ariffin dan Farah Nabilah.

Namun disebabkan tular video berkenaan, Faezah Elai terus membuka cerita sebenar berkenaan drama Titian Cinta…
Cerita Sebenar Di Sebalik Babak ‘Viral’ Titian Cinta
Selalunya aku tak penah nak amik port bila netizens ni suka hentam orang, nama pun netizens. Ni aku nk belanja sikit, a real scene yang sepatutnya keluar disebabkan kesilapan editing, scene yang silap ni yang dimasukkan.

Scene ini di shoot banyak take sebab yang perempuan bertudung tu adalah seorang DOCTOR i repeat DOCTOR bukan PELAKON EXTRA.

Disebabkan directornya nak dapatkan fakta betul, so dia mintak doctor utk berckp dialogue tu.. agak banyak kali shoot sebab dia tersilap dialogue walaupun dia doktor sebab berlakon and real life berbeza ye.

Berpuluh orang kat situ tengah tengok kau yang buat kau boleh lupa dialogue kalau kau seorang yang pemalu. I dont blame her sebab compom la gagap tetiba kena berlakon dengan jul arippin.

Tak kan ampa nak suruh team shooting pi belajaq medic 5 tahun pulak untuk scene yang tak sampai 5 minit.

Tapi apa yang aku cuba explain kat sini bukan lah nak menegak kan benang yang basah, tapi untuk bagitau pada netizens yang suka menghukum tapi apa pun tau.

Jangan pakai nak buh salahkan director or scriptwriter saja sebab shooting drama ni involve banyak department.. and scene ni di shoot di hospital so berlambak doktor yang ada.
Jangan lah nak compare konon drama Melayu ni tak buat research macam Korea la hongkong lah. Hang nak aku mention how ridiculous fakta drama diorang?

Cerita ni bukan pasai cerita medic. Pointnya nak gitau si pompuan tu tak leh preggy.. tu ja!

Takdak sapa aihh nak konon pecaya script drama bulat-bulat. Lain lah kalau fakta tentang agama yang tu memang isu sensetif.

Kalau Hollywood dok suap hampa ngan cerita tak masuk akai. Kena tembak kat dada boleh bangun lagi siap lari 5km.

Tak dak pulak mana-mana doktor cakap, kalau dah kena tembak part2 tertentu dah tak boleh gerak.. ni silap dialogue terus hentam.

Anyway like i said bukan nak cakap benda ni betul, but people make mistake.. rasa nya mistake ni pun tak lah memudaratkan sesiapa.

VIDEO SEBENAR:


NOTA:
I was not involved in this drama.. i said this because the director is someone i really know.
Ini Skrip Titian Cinta

Sumber: Mingguan Wanita Faezah Elai

 

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Rasanya kalau bercerita mengenai majlis perkahwinan pasti ramai yang teruja lebih-lebih lagi ianya seakan menjadi topik harian di kalangan rakyat Malaysia.
Tambah-tambah sekiranya perkahwinan itu melibatkan pasangan dari golongan ternama seperti artis, ahli sukan, tokoh politik dan kerabat diraja.

Di Malaysia, perkahwinan artis atau selebriti adalah sesuatu yang menjadi `cakap-cakap` umum seperti Apakah konsep perkahwinan tersebut?  Berapakah nilai hantarannya? Cantik atau tidak persalinan pasangan pengantin itu? Segalanya akan diperbincangkan.

Namun ianya bergantung kepada kemeriahan sesebuah majls perkahwinan sehingga ianya boleh dilabelkan sebagai ‘Wedding Of The Year’.

Di bawah ini, Astro Gempak telah menyenaraikan lima pilihan perkahwinan selebriti paling sensasi di Malaysia. Jom kita soroti sekarang:

Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Tinggi

Mauzin Hamzah Dan Pengiran Sufri (11 Disember 1987)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Jika anda masih ingat penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M iaitu Mauzin ( mazuin) Hamzah yang mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Brunei iaitu Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan wang hantaran bernilai satu juta ringgit. Apa yang menarik Mazuin juga menjadi artis wanita pertama yang mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja paling kaya di dunia. Walau bagaimanapun selepas 17 tahun berkahwin akhinrya mereka mengambil keputusan bercerai.

Perkahwinan Diserbu Ramai Tanpa Undangan

Ziana Zain dan Armin Zaharin (2 Mei 1998)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Artis bersuara lantang, Ziana Zain memang cukup popular pada tahun 90an dan tidak dinafikan sehingga kini kekal menjadi kesayangan ramai. Menarik mengenai perkahwinan kakak kepada Anuar Zain ini ialah apabila majlis perkahwinan dengan suaminya yang juga seorang kakitangan MAS telah diserbu hampir 15,000 peminat yang tidak diundang!

Dek kerana perkahwinan Ziana Zain,  Fauziah atau Ogy Dato Ahmad Daud yang ketika itu adalah pengacara Melodi telah disaman Azwan Ali kerana mendakwa Azwan  kononnya makan hati kerana penyanyi kegemarannya itu sudah berkahwin.

Perkahwinan Duda Paling Laku Di Malaysia

Datuk M. Nasir Dan Marlia Musa (31 Ogos 2000)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Siapa yang tidak terpesona dengan karisma yang dimiliki penyanyi dan komposer terkenal kelahiran Singapura, Datuk M. Nasir. Selepas pemergian isterinya, Allahyarhamah Junainah Johari, rasanya ramai wanita yang cuba mendampingi vokalis kumpulan Kembara ini.

Namun pada tahun 2000, dunia hiburan dikejutkan dengan berita M. Nasir bakal bernikah dengan pelakon Marlia Musa yang diakui merupakan cinta pertamanya. Perkahwinan mereka bagaimanapun turut mencetuskan kontroversi kerana ibu Marlia Musa dilaporkan tidak berkenan M Nasir menjadi menantunya. Bagaimanapun perkahwinan mereka tetap berlangsung dan diserikan dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai RM2,000.

Perkahwinan Wedding Of The Year Yang Ditaja Paling Singkat

Erra Fazira dan Yusry KRU (15 Mac 2003)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Ramai yang melabelkan meraka sebagai  pasangan yang ideal dek  kecantikan semulajadi yang Erra Fazira serta ketampanan yang dimiliki Yusry KRU. Sebaik saja  kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga, ramai pihak yang mahu menaja perkahwinan Erra dan Yusry.

Malah sewaktu di hari persandingan mereka yang berlangsung di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, ianya telah dihadiri hampir 10,000 peminat dan diumumkan sebagai ‘Wedding of the Year 2003’. Menarik mengenai  perkahwinan Erra dan Yusry adalah  mereka menggunakan tarikh unik seperti hari pernikahan 15-3-2003, wang hantaran bernilai RM33,333.33.

Malangnya perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Perkahwinan Yang Paling Dinanti-nantikan Ramai

Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21 Ogos 2006)

TOP 5 PERKAHWINAN ‘WEDDING OF THE YEAR’ SELEBRITI PALING SENSASI DI MALAYSIA..NO. 1 TU HANTARAN TAK MASUK AKAL!!

Siapa tidak suka dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Selepas berbulan-bulan wujudnya spekulasi mengenai hubungan Dato, Siti dengan Datuk K di media hiburan tempatan, akhirnya Siti  membuat sidang media mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan duda tersebut. Sidang media tersebut diadakan selepas sehari Dato’K menyelesaikan kes cerai dan pembahagian  harta di mahkamah dengan bekas isterinya.  Maka ramai kaum adam yang ‘makan hati’ dan kecewa dengan pilihan Siti Nurhaliza.

Pertunangan mereka berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan dan turut disiarkan menerusi televisyen manakala majlis perkahwinan mereka diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dan ditonton seramai 6.3 juta di Malaysia dan Indonesia.

Teks Oleh: Khalid Rahman

Sumber – www.gempak.com